Skip to main content

Apa itu Joomla!

Joomla! ialah sistem pengurusan kandungan (CMS) percuma dan sumber terbuka untuk pembangunan laman web. Selama bertahun-tahun Joomla! telah memenangi beberapa anugerah. Ia dibina pada rangka kerja aplikasi web model-view-controller yang boleh digunakan secara bebas serta membolehkan anda membina aplikasi dalam talian dengan mudah.

Joomla! merupakan salah satu perisian pembangunan laman web yang paling popular, terima kasih kepada komuniti pembangun dan sukarelawan tempatan dan global, yang memastikan platform itu mesra pengguna, boleh dipanjangkan, pelbagai bahasa, boleh diakses, responsif, dioptimumkan oleh enjin carian dan banyak lagi.

Mengapa Joomla?

  • Pengendalian yang mudah, sesuai untuk semua walaupun untuk pengguna yang tidak tahu programming/coding
  • Proses mencipta dan mengemaskini kandungan yang lancar
  • Senang disesuaikan mengikut keperluan pengguna dengan kepelbagaian extensions (lebih 10,000 sambungan)
  • Merupakan aplikasi open source (sumber terbuka) yang boleh diubahsuai oleh semua dan percuma
  • Responsif: Boleh diakses menggunakan komputer, telefon pintar, dan tablet
  • Fungsi pelbagai bahasa sejurus diinstall (out-of-the-box)